
Tahniah kepada Pemenang Kuiz!
Beyond the Career: Kerjaya, Kesihatan & Masa Depan Bersama KPJ

.jpeg)

.jpeg)
Buat julung-julung kalinya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan KPJ Healthcare mempersembahkan Temasya Pantun Kaunseling dan Kesihatan Mental (TEPAKK) 2026 x Sistem Kesihatan KPJ, sebuah pertandingan yang memartabatkan budaya dan warisan seni berpantun. Program ini turut memperkenalkan Sistem Kesihatan KPJ kepada masyarakat, khususnya para pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), dengan mengintegrasikan nilai jenama KPJ melalui platform budaya dan warisan seni berpantun Melayu.
Selamat Datang Ke Laman Rasmi TEPAKK 2026
Gasing bertali sempurna dipangkah,
Meriah acara permainan lama;
TEPAKK kembali membuka langkah,
Seluruh bumantara pasti bergema.
Melalui medium yang kreatif dan relevan, TEPAKK 2026 bertujuan meningkatkan penglibatan jenama KPJ dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi universiti. Program ini juga memupuk penghargaan terhadap seni dan warisan tradisional, di samping menampilkan KPJ sebagai organisasi yang progresif dan cakna dalam menghargai warisan, kreativiti dan inovasi.

Mari kita kenali Sistem Kesihatan KPJ
Sistem Kesihatan KPJ merupakan sebuah ekosistem kesihatan bersepadu yang menjalinkan hospital, institusi pendidikan, tenaga klinikal serta penyelidikan dan inovasi di bawah satu sistem.
Berteraskan aspirasi untuk membangunkan Sistem Kesihatan Akademik bersepadu pertama di Malaysia, Sistem Kesihatan KPJ menghubungkan kepakaran, pengetahuan dan pengalaman dalam membentuk penyampaian penjagaan kesihatan yang konsisten dan berkualiti.
Melalui tiga tonggak utama iaitu Amalan Klinikal (Practice), Pendidikan (Education) serta Penyelidikan dan Inovasi (Research and Innovation). Sistem ini menyatukan organisasi dalam penjagaan pesakit dan kemajuan ilmu kesihatan. Sistem Kesihatan KPJ mendukung aspirasi untuk sentiasa belajar, berkembang dan berusaha mempertingkatkan hasil penjagaan kesihatan secara berterusan.

Indah bahasa tersusun madah,
Pantun seni warisan bangsa;
Sistem Kesihatan KPJ berdiri megah,
Cakna masyarakat terus diperkasa.


Tonton Rakaman Siaran Langsung
Beyond the Career: Kerjaya, Kesihatan & Masa Depan Bersama KPJ
Anda ingin tahu lebih mendalam mengenai industri kesihatan dan Sistem Kesihatan KPJ? Antaranya termasuk peluang kerjaya, teknologi perubatan dan sistem kesihatan terkini.
Jom saksikan rakaman siaran langsung bersama barisan panel KPJ Healthcare yang akan berkongsi ilmu dan pengalaman mereka.
Ikan dicari berpukat tangsi,
Ke hujung muara berkolek sampan;
Kefahaman diberi menyuntik inspirasi,
Kerjaya bermakna mengubah masa depan.



