Kanun Pertandingan Mencipta PantunĀ
Sistem Kesihatan KPJ
TUJUANā
ā
-
Kanun ini disediakan sebagai rujukan para peserta yang menyertai pertandingan āMencipta pantun bertemakan Sistem Kesihatan KPJ 2026"
ā
-
Memartabatkan seni pantun Melayu sebagai warisan budaya yang kaya dengan nilai, pengajaran dan keindahan bahasa.
-
Meningkatkan kesedaran dan promosi tentang Sistem Kesihatan KPJ (KPJ Health System) bagi mewujudkan dan memantapkan kesejahteraan diri, keluarga dan masyarakat.
-
Menggalakkan penghasilan karya pantun yang kreatif dan berkualiti dalam kalangan peserta melalui penggunaan bahasa yang indah dan berkesan.
-
Mencungkil serta mengembangkan bakat peserta dalam bidang penulisan dan pengkaryaan sastera, khususnya seni berpantun.
-
Menggalakkan ekspresi emosi dan perasaan secara positif melalui medium penulisan sebagai salah satu cara menyokong kesejahteraan mental.
Ā
-
1 hingga 30 Oktober 2026

ā
-
Terbuka kepada semua warganegara atau bukan warganegara Malaysia yang berumur 12 tahun dan ke atas.
-
Peserta yang berusia bawah 18 tahun perlu mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga.
-
Pantun hendaklah dicipta menggunakan bahasa Melayu.
-
Peserta WAJIB mencipta 5 rangkap pantun.Ā
-
Pantun hendaklah bertemakan āSistem Kesihatan KPJā serta mengandungi mesej positif berkaitan penjagaan kesihatan.
-
Pantun yang dibenarkan hanyalah pantun jenis empat kerat, iaitu mempunyai empat baris bagi setiap rangkap yang terdiri daripada dua baris pembayang dan dua baris maksud.
-
Pantun mestilah mempunyai rima akhir berpolakan āa,b,a,bā.
-
Pantun hendaklah disediakan dalam bentuk visual atau video dan WAJIB dimuat naik di dalam media sosial peserta dan menggunakan dua (2) tanda pagar berikut:
-
#SistemKesihatanKPJ
-
#CiptaPantunTEPAKK2026
-
-
Peserta perlu memuat naik karya menerusi sekurang-kurangnya satu platform media sosial berikut:
-
Facebook
-
Instagram
-
TikTok
-
Threads
-
-
Pastikan akaun media sosial anda WAJIB dalam tetapan umum (public) bagi membolehkan penilaian dilakukan oleh pihak juri.
-
Hantarkan pautan (link) hantaran anda di media sosial sebagai melengkapkan penyertaan menerusi borang yang disediakan di laman sesawang www.tepakk.com.my berserta butiran peribadi.Ā
-
Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu (1) penyertaan sahaja bagi pertandingan ini.
-
Pantun yang dihasilkan mestilah merupakan karya baharu dan asli hasil ciptaan peserta sendiri. Sebarang karya plagiat, terjemahan atau karya yang pernah diterbitkan dalam mana-mana medium bercetak atau digital serta pernah dipertandingkan akan terbatal secara automatik.
-
Peserta mestilah bersedia untuk mengesahkan bahawa karya yang dihantar merupakan karya asli milik sendiri.
-
Pantun yang dicipta tidak boleh menyentuh sensitiviti, menghina mana-mana pihak atau mengandungi unsur negatif yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.
-
Pihak penganjur berhak meminta keterangan lanjut berkaitan karya yang dihantar sekiranya diperlukan.
-
Penganjur berhak menyunting karya yang terpilih bagi tujuan penerbitan atau promosi tanpa mengubah maksud asal karya.
-
Penyertaan yang tidak memenuhi atau melanggar syarat pertandingan tidak akan dipertimbangkan.
-
Sebarang pindaan terhadap syarat pertandingan adalah tertakluk kepada keputusan pihak penganjur.
-
Keputusan hakim adalah muktamad.
ā
-
Keaslian - 10 markah
-
Ketepatan tema - 10 markah
-
Isi - 40 markah
-
Bahasa - 40 markah
āā
-
Juara: Sijil & Wang Tunai (RM 1000)
-
Naib Juara: Sijil & Wang Tunai (RM 700)
-
Ketiga: Sijil & Wang Tunai (RM 500)
-
Saguhati: Sijil & Wang Tunai (RM 300 x 3 pemenang)
OBJEKTIF
TEMPOH PENYERTAAN
SYARAT PERTANDINGAN
āKRITERIA PENILAIAN
HADIAH WANG TUNAI
HADIAH WANG TUNAI

