top of page

Kanun Pertandingan Berbalas Pantun 
Antara Institut Pengajian Tinggi (IPT)

Pegaga-01.png

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

  • Pertandingan ini terbuka kepada semua mahasiswa/i Institusi Pengajian Tinggi (IPT-IPTA, IPTS, Kolej Matrikulasi, Asasi, Kolej Komuniti, Kolej Kemahiran) di seluruh Malaysia dan luar negara yang berumur 18 tahun ke atas dalam kalangan mahasiswa/i sarjana muda sahaja. Tiada batasan jantina, bangsa atau agama yang ditetapkan.

  •  Penyertaan satu (1) pasukan yang mewakili IPT tersebut mestilah terdiri daripada TIGA (3) orang pemantun utama dan SEORANG (1) pemantun simpanan.

  • Setiap IPT boleh menghantar lebih daripada satu (1) pasukan, namun setiap pasukan dikehendaki membayar yuran penyertaan berasingan.

Pegaga-01.png

SYARAT UMUM PERTANDINGAN

  • Pertarungan dijalankan secara BUKU BERTEMU RUAS ("power match") bagi Peringkat Saringan dan akan ke pusingan kalah mati iaitu OCTO, SUKU AKHIR, SEPARUH AKHIR dan AKHIR.

  • Peringkat Saringan akan berlangsung sebanyak 3 pertarungan.

  • Setiap pertarungan terdiri daripada 3+1 pusingan berdasarkan tema jualan pantun yang ditetapkan.

  • 3+1 pusingan di sini bermaksud TIGA Pemantun Utama akan berjual-beli pantun sebanyak TIGA PUSINGAN manakala SEORANG Pemantun Keempat setiap pasukan akan berjual-beli pantun sebanyak SATU PUSINGAN SAHAJA iaitu di PUSINGAN KHAS selepas ketiga-tiga pusingan jual-beli Pemantun Utama berakhir. 

  • Format pusingan jual-beli ini terpakai untuk kesemua Peringkat Saringan, Octo Akhir, Suku Akhir, Separuh Akhir, Penentuan Tempat Ketiga dan Akhir. 

  • Penentuan pertemuan bagi pusingan pertama akan ditentukan secara rawak melalui kaedah sort didalam sistem power match. manakala bagi pusingan seterusnya pertemuan ditentukan melalui kedudukan semasa pasukan berdasarkan jumlah kemenangan dan markah terkumpul.

  • Sebanyak 16 pasukan teratas akan disenarai pendekkan untuk pusingan KALAH MATI iaitu Octo Akhir. Seterusnya, 8 pasukan teratas akan bertempur di peringkat suku akhir. Akhir sekali, perlawanan akan diteruskan ke Peringkat Separuh Akhir dan Akhir.

FORMAT KHUSUS PERTANDINGAN

  • Hanya pantun empat kerat yang dibenarkan untuk digunakan ketika jualan dan belian pantun di setiap pertarungan. 

  • Peserta sekali-kali tidak dibenarkan berbincang dan membantu ahli pasukan dalam berjual-beli pantun ketika pertarungan sedang berlangsung. 

  • Bagi kesemua peringkat pertarungan (bermula dari peringkat Saringan sehingga ke peringkat Akhir), setiap Pemantun Utama akan menjual tiga rangkap pantun kepada Pemantun Utama pasukan lawan dan membeli tiga rangkap pantun daripada Pemantun Utama pasukan lawan.

  • Manakala Pemantun Keempat akan menjual satu rangkap pantun sahaja kepada Pemantun Keempat pasukan lawan dan membeli satu rangkap pantun sahaja daripada Pemantun Keempat pasukan lawan di Pusingan Khas. 

  • Masa menjual pantun yang diberikan bagi setiap peringkat perlawanan ialah 20 saat manakala masa membeli pantun ialah 80 saat (bermula dari peringkat Saringan sehingga ke peringkat Akhir).

  • Pada peringkat saringan dan octo final tema bagi pusingan ketiga akan ditentukan secara cabutan melalui senarai tema yang diberikan lebih awal kepada semua pasukan.

KAEDAH PEMBELIAN PANTUN

Peringkat Octo Akhir dan Suku Akhir 

  • Pusingan 1 & 2 bagi ketigaan utama secara bertulis

  • Pusingan 3 bagi ketigaan utama secara spontan

  • Pusingan 4 (pemantun keempat) secara bertulis

Peringkat Saringan

​

  • Bertulis

Peringkat Separuh Akhir 

  • Pusingan 1 & 2 bagi ketigaan utama secara bertulis

  • Pusingan 3 bagi ketigaan utama secara spontan

  • Pusingan 4 (pemantun keempat) secara bertulis

Peringkat Akhir 

  • Pusingan 1 & 2 bagi ketigaan utama secara bertulis

  • Pusingan 3 bagi ketigaan utama secara spontan

  • Pusingan 4 (pemantun keempat) secara bertulis

PENENTUAN TEMA JUAL PANTUN

  • Kesemua Tema pantun jualan bagi setiap perlawanan telah ditetapkan. 

  • Pantun-pantun jualan bagi tema-tema ini akan disediakan lebih awal oleh pasukan-pasukan yang bertanding sebelum hari pertarungan sebenar.

  • Tema pantun jualan bagi PERINGKAT SARINGAN, OKTO AKHIR, SUKU AKHIR, SEPARUH AKHIR DAN AKHIR akan diberi selepas pendaftaran berjaya.

RUJUKAN ALAT TULIS DAN KESPONTANAN

  • Kesemua pantun jualan boleh dibawa dalam bentuk bahan bertulis semasa pertarungan perlawanan berlangsung.

  • Alat tulis dan kertas akan dibekalkan penganjur. Hanya kertas soalan sahaja dibenarkan dibawah masuk ke dalam bilik pertandingan.

  •  Hanya pantun belian pusingan ketiga Peringkat Octo Akhir, Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir sesama Pemantun Utama sahaja akan dibuat secara spontan dan penggunaan alat tulis dan kertas tidak dibenarkan. Jawatankuasa penganjur akan mengambil semua bentuk alat tulis dan kertas dari meja Pemantun Utama pada waktu tersebut.

  • Pantun belian bagi pemantun keempat kesemua peringkat adalah bertulis. Jadi, penggunaan alat tulis dan kertas dibenarkan.

MASA MENJUAL DAN MEMBELI PANTUN

  • Masa menjual pantun bagi setiap pusingan ialah 20 SAAT SAHAJA. 

  • Masa membeli untuk setiap pusingan termasuk pusingan spontan ialah sebanyak 80 SAAT SAHAJA.

  • Loceng akan dibunyikan SEKALI oleh penjaga masa bagi menandakan permulaan penjualan dan permulaan pembelian pantun.

  • Loceng akan dibunyikan SEKALI tanda peringatan kepada pemantun oleh penjaga masa pada saat ke 60 pembelian pantun di semua peringkat saringan dan kalah mati menandakan masa membeli pantun masih berbaki 20 saat lagi.

  • Tiada loceng tanda peringatan akan diberikan semasa penjualan pantun. Loceng akan dibunyikan DUA KALI oleh penjaga masa menandakan berakhir masa berikut:

    • 20 saat penjualan pantun di Peringkat Saringan (kalah mati)

    • 80 saat pembelian pantun di semua Peringkat Saringan dan kalah mati

MASA MENJUAL DAN MEMBELI PANTUN

  • Penentuan pasukan yang akan menjual atau membeli akan ditentukan melalui undian ATAU secara persetujuan bersama oleh pasukan-pasukan yang akan bertarung di kesemua peringkat. 

  • Kesemua empat pusingan yang akan dijalankan di setiap peringkat secara ringkasnya diterangkan seperti berikut:

A menjual kepada 1 dan 1 membeli 1 menjual kepada A dan A membeli 

B menjual kepada 2 dan 2 membeli 2 menjual kepada B dan B membeli 

C menjual kepada 3 dan 3 membeli 3 menjual kepada C dan C membeli

Pusingan 1

A menjual kepada 2 dan 2 membeli 2 menjual kepada Adan A membeli 

B menjual kepada 3 dan 3 membeli 3 menjual kepada B dan B membeli 

C menjual kepada 1 dan 1 membeli 1 menjual kepada C dan C membeli

A menjual kepada 3 dan 3 membeli 3 menjual kepada A dan A membeli 

B menjual kepada 1 dan 1 membeli 1 menjual kepada B dan B membeli 

C menjual kepada 2 dan 2 membeli 2 menjual kepada C dan C membeli

Pusingan 2

Pusingan 3

D menjual kepada 4 dan 4 membeli 4 menjual kepada D dan D membeli

Pusingan Khas

PENJURIAN & PEMARKAHAN

  • Penjurian setiap pertarungan akan mengambil kira TIGA aspek-aspek berikut:

Kejelasan dan ketepatan soalan dan jawapan, kepadatan dan kejituan pengolahan tema, kreativiti dan perpektif tersendiri dalam menterjemahkan tema, mempunyai nilai-nilai susila, memenuhi kematangan buah fikir pemantun peringkat institusi pengajian tinggi dan sebagainya.

Isi

Bahasa yang indah dan puitis bersesuaian dengan ciri-ciri

kepantunan (pembayang dan maksud), ketepatan rima hujung dan kelebihan jika menjaga rima tengah (ketepatan rima a, b,a,b), tidak kurang 8 sukukata dan tidak lebih 12 sukukata setiap baris pantun, menggunakan laras bahasa yang difahami (walaupun berkias), perkaitan pembayang (baris satu dan dua berkesinambungan), pembayang yang membayangi maksud dan sebagainya.

Bahasa

Kejelasan sebutan, memenuhi jeda kepantunan, intonasi yang mencerminkan maksud pantun (sedih, marah, kecewa dan sebagainya), gaya, gerak tubuh yang bersesuaian, kebersahajaan juga kreativiti dalam penyampaian dan sebagainya.

Persembahan

  • Tiga juri akan menjuri setiap pertarungan di peringkat saraingan yang akan mengadili dan memberi markah dalam aspek-aspek berikut:​​

    • Seorang (1) juri mengadili aspek BAHASA (40 MARKAH)​    

    • Seorang (1) juri mengadili aspek ISI (40 MARKAH)

    • Seorang (1) juri mengadili aspek PERSEMBAHAN (20 MARKAH)

    • JUMLAH (100 MARKAH)

  • Lima juri akan menjuri setiap pertarungan di peringkat kalah mati (Peringkat Suku Akhir. Separuh Akhir dan Akhir) yang akan mengadili dan memberi markah dalam aspek-aspek berikut:​

    • Dua (2) orang juri mengadili aspek BAHASA (40 MARKAH)​  

    • Dua (2) orang juri mengadili aspek ISI (40 MARKAH)

    • Seorang (1) juri mengadili aspek PERSEMBAHAN (20 MARKAH)

    • JUMLAH (100 MARKAH)

Pemarkahan Peringkat Saringan dan Octo

Pemarkahan Peringkat
Suku Akhir, Separuh Akhir, Akhir

PANTANG LARANG PERTANDINGAN

  • Juri boleh mengambil kira untuk menolak markah-markah pasukan dalam keadaan berikut:

    • Melanggar ciri-ciri asas pantun

    • Menyentuh isu-isu sensitif, perkauman, politik kepartian, kelucahan dan apa-apa ciri ketidak sopanan

    • Menyentuh peribadi secara keterlaluan

    • Membantu rakan sepasukan ketika jual beli pantun

PROSES PENGUMUMAN PEMENANG

Pegaga-01.png
  • Pemenang setiap pertarungan akan diumumkan berdasarkan pasukan yang mendapat jumlah markah tertinggi.

  • Sekiranya keputusan adalah seri:

    • Pasukan dengan markah ISI tertinggi akan dipilih sebagai pemenang

    • Sekiranya masih seri, pasukan dengan markah BAHASA tertinggi akan dipilih sebagai pemenang

  • Bagi memenuhi maksud format BUKU BERTEMU RUAS ("Power Match") setiap keputusan kemenangan pertarungan (kecuali peringkat Akhir), markah-markah yang diperolehi pasukan juga pemantun-pemantun terbaik setiap pertarungan akan diumumkan di bilik persidangan (roll call room).

ANUGERAH/HADIAH

  • Juara: RM 4,000

  • Naib Juara : RM 3,000

  • Tempat Ketiga: RM 1,500

  • Tempat Keempat: RM 1,000

Kategori Utama

  • Pemantun Terbaik Keseluruhan (Tajaan Bumbu Babah): RM 300

  • Pemantun Terbaik Akhir (Tajaan Bumbu Babah): RM 300

  • Anugerah Khas Juri (Tajaan MAKUMA): RM 500

  • Anugerah Pembukaan Terbaik (Tajaan BSN): RM 500

Kategori Khas

bottom of page